Juara OctaFX tentang cara mereka menguasai Pusingan 30!
Komen-komen yang menarik daripada peserta Pusingan 30 telah pun diperoleh, namun kami ingatkan terlebih dahulu nama empat orang pemenang tersebut!
|
Apakah perasaan anda selepas bergelar Juara OctaFX?
Tempat Pertama – En. Edi Santoso: Saya berasa sangat gembira dan berharap saya akan bertambah baik pada masa hadapan.
Tempat ke-2 – En. Ranesh Thenuwara: Wow Saya berasa seronok.
Tempat ke-3 – Puan Annisa Nurul Koesmarini: Saya betul-betul tidak menjangka untuk menang, sama sekali tidak diduga dan melebihi jangkaan saya. Sejujurnya, saya sangat gembira apabila pada hari Jumaat, 26 September, saya menyedari bahawa kedudukan saya meningkat ke tempat 3 teratas. Selepas saya menutup semua kedudukan pada hari tersebut, saya hanya berharap tiada sesiapa yang memotong kedudukan saya. Ternyata ia benar-benar berlaku, apabila saya mendapat pemberitahuan e-mel daripada OctaFX.
Apakah faktor utama kepada kejayaan anda? Mengapakah anda lebih baik daripada orang lain?
Tempat Pertama – En. Edi Santoso: Kesabaran dan kemampuan untuk tidak bersikap terburu-buru apabila membuat kedudukan terbuka dan berhati-hati semasa menganalisis.
Tempat ke-2 – En. Ranesh Thenuwara: Trend pasaran mempengaruhi kejayaan saya.
Tempat ke-3 – Puan Annisa Nurul Koesmarini: Faktor kejayaan saya, mungkin secara praktikalnya hanya sedikit analisis dan sedikit nasib yang baik. Saya sangat yakin apabila membuka kedudukan pada pasangantersebut. Kemudian, saya membuka kedudukan dengan margin yang diperbaik, yang saya rasa cukup untuk boleh bertahan dengan bahagian paling hebat dalam turun-naik pasaran. Oleh itu saya pastikan tidak terdedah kepada panggilan margin, walaupun jika saya tidak membuka carta selama seminggu. Itu sahaja.
Apakah strategi anda? Adakah anda membangunkan pelan yang sempurna atau telah mencuba
pelbagai teknik?
Tempat Pertama – En. Edi Santoso: Strategi yang saya gunakan agak mudah, hanya menggunakan penunjuk MT4 yang asal. Itu sahaja.
Tempat ke-2 – En. Ranesh Thenuwara: Strategi saya ialah corak candlestick.
Tempat ke-3 – Puan Annisa Nurul Koesmarini: Saya pernah menggunakan teknik Scalping dan Intrahari dalam akaun sebenar saya, tetapi hasilnya kurang berkesan dan kurang cekap. Sekarang, saya cuba untuk tidak sentiasa melihat carta, saya gabungkan dengan beberapa teknik yang klise tetapi penting, yang mungkin sudah diketahui pedagang, seperti pengurusan wang dan pensaizan kedudukan, dan hasilnya agak baik dan tidak mengecewakan untuk mereka yang hanya melihat carta 3 kali semasa pertandingan.
Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menjadi pedagang yang bagus?
Tempat Pertama – En. Edi Santoso: Bergantung pada ketabahan kita dalam mempelajari tentang pasaran.
Tempat ke-2 – En. Ranesh Thenuwara: Dua tahun.
Tempat ke-3 – Puan Annisa Nurul Koesmarini: Untuk menjadi pedagang yang bagus, saya rasa memerlukan 3 hingga 6 bulan, jika setiap hari, anda bersungguh-sungguh untuk membaca petua-petua daripada pedagang dunia yang berjaya, sering berlatih, menyumbang saran, berbincang dengan mereka yang hidupnya bergantung pada berdagang semata-mata. Kemudian, mencuba kaedah yang berbeza dan mencuba pelbagai gaya dan akhirnya mendapatkan kaedah yang sesuai dan mudah untuk anda. Jelasnya, apabila faktor 10,000 jam proses yang anda ambil, saya pasti anda dapat membiasakan diri dan boleh menjadi pedagang yang bagus. Jika anda tidak meluangkan masa setiap hari, masa sebenar untuk menjadi pedagang yang bagus mungkin lebih lama, mungkin 1-5 tahun: Semuanya bergantung pada kesanggupan dan komitmen anda. Semudah itu.
OctaFX mengucapkan terima kasih kepada semua peserta kerana turut serta dan mereka yang ditemubual kerana berkongsi kisah kejayaan mereka!
Mendaftar dalam Pusingan 32 pertandingan demo Juara OctaFX untuk melihat nama anda dalam berita kami!