OctaFX Copytrading memperkenalkan tetapan menyalin yang baharu
Baru-baru ini, kami telah mereka bentuk semula perkhidmatan salin perdagangan kami untuk meningkatkan kemudahan dan ketelusan proses langganan untuk pedagang kami. Anda kini boleh menyalin pesanan Pedagang Pakar dalam volum yang sama, dua kali ganda atau tiga kali ganda.
Baru-baru ini kami telah mengerjakan penambahbaikan terhadap OctaFX Copytrading bagi menjadikan proses langganan kepada Pedagang Pakar lebih mudah dan selamat. Kami telah mengemas kini parameter yang boleh anda tetapkan semasa melanggan kepada Pedagang Pakar pilihan.
Semasa memulakan langganan, anda kini boleh memilih untuk menyalin pesanan Pedagang Pakar dalam volum yang sama (×1), dua kali ganda (×2), atau tiga kali ganda (×3), atau mana-mana volum lain. Setelah memilih mod salinan, anda akan melihat pelaburan yang diperlukan untuk mula menyalin Pedagang Pakar ini dalam mod ini.
Satu lagi ciri baharu untuk Penyalin adalah dana sokongan. Dengan ini, anda boleh menambah dana sokongan untuk melindungi pelaburan anda daripada pergerakan pasaran yang tidak dijangka. Jumlah ini hanya akan digunakan untuk menyokong strategi perdagangan apabila pasaran mengalami ketaktentuan.
Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana kami mengira pelaburan yang diperlukan untuk setiap Pedagang Pakar. Ia adalah penambahbaikan terbaru kami yang paling ketara. Pelaburan minimum dengan setiap Pedagang Pakar kini dikira secara automatik. Algoritma khas kami mengira jumlah optimum ini daripada sejarah perdagangan Pedagang Pakar. Anda boleh memanfaatkan ciri baru ini dan memilih Pedagang Pakar berdasarkan jumlah yang anda ingin laburkan.
Pedagang Pakar kami menggunakan pelbagai strategi perdagangan yang memerlukan pelaburan minimum yang berbeza untuk menyalinnya. Pergi ke Penilaian Pakar, isikan jumlah pelaburan pilihan anda dalam penapis Pelaburan minimum, dan lihat Pedagang Pakar yang strateginya boleh anda salin dengan pelaburan anda secara selesa.