Berita Syarikat
Back

Kejayaan kempen amal Nabi Muhammad SAW

Sepanjang tahun ini, kami telah mengadakan beberapa kempen amal. Baru-baru ini, kami telah menetapkan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai hari untuk kempen amal. Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa acara amal ini terbukti merupakan acara paling cemerlang pada tahun ini! 

Secara keseluruhannya, kami telah mengumpulkan jumlah yang mengagumkan sebanyak USD 24,472. Jumlah ini merangkumi hampir separuh daripada wang yang dikumpulkan pada tahun 2019. Empat organisasi yang mendapat kesan yang positif daripada usaha bersama ini ialah Khoj, di Pakistan; Great Heart, di Malaysia; Coptic Orphans, di Mesir; dan XSProject, di Indonesia. 

Mereka yang paling terkesan dengan sumbangan yang besar ini ialah kanak-kanak dan organisasi pendidikan. Langkah menyasarkan mereka yang paling memerlukan ini membolehkan kita membantu mewujudkan dunia yang lebih cerah dan merangkumi semua orang. Kami harap kita dapat membuat susulan daripada kempen amal Nabi Muhammad SAW yang sangat berjaya ini dengan keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.

 

 

Kebajikan

Tahun pencapaian baru di OctaFX

Sempena bakal berakhirnya tahun 2019, kami ingin meluangkan masa untuk mengiktiraf pasukan kami dan para pengguna yang bersemangat atas bantuan mereka dalam menjadikan tahun 2019 sebagai tahun yang hebat! Mari lihat kembali beberapa kenangan OctaFX yang paling tidak dapat dilupakan pada sepanjang tahun ini.
Baca lagi Previous

Hari Martin Luther King: jadual dagangan

Kami ingin memaklumkan bahawa jadual dagangan untuk beberapa instrumen dagangan akan berubah disebabkan oleh Hari Martin Luther King yang akan datang. Perubahan akan berlaku pada 20 Januari 2020. Sila pertimbangkan jadual yang berikut semasa merancang dagangan anda.
Baca lagi Next