Berita Syarikat
Back

Menyokong semangat kebajikan Hari Raya Aidiladha di seluruh dunia

Hari Raya Aidiladha, turut dikenali sebagai Hari Raya Korban, membawa kepentingan budaya dan agama yang tinggi bagi masyarakat Islam kita. Dengan penghargaan yang mendalam terhadap intipati sambutan suci ini, kami memutuskan untuk mendekati mereka yang kurang bernasib baik, dengan hasrat untuk memberikan perubahan bermakna dalam kehidupan mereka.

Usaha Hari Raya Aidiladha kami meliputi Malaysia, Indonesia, dan Nigeria tahun ini. Di Kelantan, Malaysia, kami bekerjasama dengan Azeehan, rakan kongsi IB tempatan kami, untuk mengagihkan daging korban. Di Indonesia, meneruskan kerjasama kami dengan IDEP, kami menaja fasa pemulihan inisiatif sokongan pelbagai peringkat—dengan mengagihkan pakej makanan dan barangan keperluan kepada individu dan keluarga. Di Nigeria, dengan Keeping It Real Foundation (KIR), kami telah melancarkan inisiatif 'Eid al-Adha Food Drive', menganjurkan kempen pengagihan makanan di Lagos, Argungu dan Port Harcourt. Usaha ini telah membantu 250 keluarga, termasuk 60 kanak-kanak dan penjaga mereka di pusat untuk kanak-kanak kurang upaya di Lagos dan 120 orang pelajar yang bersekolah di sekolah Almajiri di Argungu. Lebihan makanan diperuntukkan kepada pusat katering kepada individu kurang upaya dan rumah anak yatim di Port Harcourt.

Ia merupakan satu penghormatan besar bagi kami kerana berpeluang menyumbang semula kepada komuniti yang telah menyokong kami sepanjang tahun. Kami berharap usaha ini dapat membantu meringankan sedikit kesusahan mereka dalam waktu yang mencabar ini.

Kebajikan

Broker Paling Boleh Dipercayai Brazil 2023

World Finance, majalah kewangan terkenal, telah menamakan kami Broker Paling Boleh Dipercayai di Brazil 2023. Ini adalah anugerah pertama yang kami telah terima untuk kerja di rantau ini, dan kami bebesar hati kepada majalah tersebut dan para trader Brazil kami untuk pencapaian ini.
Baca lagi Previous

Mendekatkan literasi kepada kanak-kanak Nigeria

Kami bekerjasama dengan Yayasan Keeping It Real (KIR) untuk menubuhkan lapan sudut bacaan di seluruh Nigeria yang menyediakan kanak-kanak tempatan dengan buku-buku untuk dinikmati dan mendidik diri sendiri.
Baca lagi Next