Kembali ke tutorial
Bacaan 7 minit

Indeks dagangan dengan Octa

Berdagang derivatif indeks bersama kami

Sebagai salah satu produk kewangan yang paling pantas berkembang dalam pasaran, derivatif indek memberikan peluang unik untuk memperoleh pendapatan daripada turun naik pasaran saham dan juga memberikan leveraj yang tinggi dan jadual dagangan yangfleksibel. Jika anda sudah biasa dengan dagangan Forex,anda mungkin mendapati indeks merupakan pasaran yang mengujakan untuk diterokai.

Sementara berdasarkan prinsip yang serupa, dagangan indeks berbeza daripada dagangan mata wang dalam beberapa aspek. Di bawah ini, anda akan menemui semua maklumat yang anda perlukan untuk mula berdagang Indeks.

Anda boleh log masuk atau buka akaun jika anda bersedia untuk memulakan. Jika tidak, teruskan membaca.

Apa itu derivatif indeks?

Indeks merupakan penilaian statistik mengenai cara harga set saham tertentu telah berubah dari semasa ke semasa. Ia membolehkan penilaian prestasi keseluruhan pasaran tertentu. Bergantung kepada kriteria pemilihan, indeks boleh diklasifikasikan sebagai nasional, global, industri- khusus, atau berasaskan pertukaran. Selain itu, pelbagai kaedah pengiraan membahagikan ia kepada indeks saham wajaran harga, indeks wajaran nilai (atau modal pasaran), dan indeks saham wajaran sama.

  • Indeks wajaran harga dikira dengan menambah setiap harga saham dan membahagikannya dengan jumlah bilangan saham yang lebih nilai diberikan kepada yang mempunyai harga lebih tinggi. Semakin tinggi harga saham tertentu, semakin banyak ia akan menjejaskan indeks. Salah satu indeks wajaran harga yang paling popular adalah Purata Perindustrian Dow Jones.
  • Dalam indeks wajaran nilai, saham individu dinilai bergantung kepada permodalan pasaran. Semakin besar nilai pasaran saham tertunggak syarikat, semakin besar pengaruh indeksnya. NASDAQ dan SPX500 adalah contoh indeks wajaran nilai yang digunakan secara meluas.
  • Semua saham dalam indeks wajaran sama mempunyai impak yang sama tanpa mengira permodalan pasaran atau harga. Terdapat versi wajaran sama untuk beberapa indeks popular, seperti SPX500.

Indeks adalah nilai statistik yang anda tidak dapat berdagang secara terus, maka dagangan indeks tidak melibatkan membuat pesanan untuk aset dasar. Walau bagaimanapun, anda boleh dapat keuntungan dariturun naik indeks dengan membelidan menjualsekuriti derivatif  kerana harga mencerminkan pergerakan aset. Dengan menggunakan lot mikro dan leveraj tinggi, mana-mana trader boleh memperoleh dari turun naik harga dengan deposit kecil dan melibatkan risiko rendah .Strategi berubah bergantung kepada instrumen yang terlibat.

Cara untuk berdagang indeks

Indeks pasaran saham utama, seperti FTSE 100, Dow Jones, SPX, dan indeks DAX Jerman, cenderung untuk memberi respon baik terhadap analisis teknikal dan secara umumnya lebih disukai oleh trader jangka pendek. Indeks popular lain termasuk CAC-40 Perancis dan Nikkei 225 Jepun.

Memahami sama ada indeks bertindak balas dengan baik terhadap analisis teknikal bergantung terutamanya kepada negara asal indeks dan sektor ekonomi yang diwakilinya. Di bawah ini, anda akan dapati penerangan ringkas mengenai indeks utama yang kami tawarkan untuk dagangan.

Indeks Perindustrian Dow Jones

Simbol: US30

Waktu dagangan: Isnin hingga Jumaat, 1:00 pg. hingga 11:15 mlm., 11:30 mlm. hingga 12:00 tgh. mlm.

Terima kasih kepada turun naik pasaran A.S., Indeks Perindustrian Dow Jones merupakan salah satu instrumen paling popular di kalangan trader. Terdiri daripada 30 syarikat utama A.S., Dow Jones memberikan keratan rentas ekonomi A.S. dan, akibatnya, terjejas oleh siaran berita serantau.

Indeks Standard and Poor's 500

Simbol: SPX500

Waktu dagangan: Isnin hingga Jumaat, 1:00 pg. hingga 11:15 mlm., 11:30 mlm. hingga 12:00 tgh. mlm.

Satu lagi indeks A.S. yang popular adalah Standard & Poor's 500, yang mencerminkan nilai kongsi 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat. Memandangkan ia merangkumi 70% pasaran saham, SPX500 boleh dianggap sebagai penanda aras ekonomi A.S. yang lebih baik berbanding Dow Jones.

Indeks Nasdaq 100

Simbol: NAS100

Waktu dagangan: Isnin hingga Jumaat, 1:00 pg. hingga 11:15 mlm., 11:30 mlm. hingga 12:00 tgh. mlm.

Indeks NASDAQ 100 termasuk 100 syarikat terbesar yang disenaraikan di bursa NASDAQ dan, dan mencerninkan  beberapa industri, termasuk perkakasan dan perisian komputer, telekomunikasi, dagangan runcit/borong dan bioteknologi. Dengan pengaruh gabungan sektor ini terhadap ekonomi, anda boleh menjangkakan bahawa indeks akan terjejas dengan ketara oleh berita kewangan A.S.

Indeks ASX 200

Simbol: AUS200

Waktu dagangan: Isnin hingga Jumaat, 2:50 pg. hingga 9:30 pg., 10:10 pg. hingga 12:00 tgh. mlm.

Berdasarkan kontrak Niaga Hadapan Indeks Harga Saham Sydney Futures Exchange (SFE), Indeks Aussie 200 mengukur pergerakan pelbagai sektor pasaran Saham Australia. Indeks respon terhadap berita dan laporan ekonomi dari Australia.Ia juga dipengaruhi oleh perubahan dalam harga komoditi kerana ekonomi Australia bergantung kepadanya.

Indeks Nikkei 225

Simbol: JPN225

Waktu dagangan: Isnin hingga Jumaat, 2:00 pagi hingga 11:00 mlm.

Sering dirujuk sebagai indeks yang setara dengan Dow Jones Jepun, Nikkei 225 merupakan indeks saham untuk Bursa Saham Tokyo yang termasuk 225 syarikat terkemuka Jepun, termasuk Canon Inc., Sony Corporation dan Toyota Motor Corporation. Memandangkan ekonomi Jepun sangat berorientasikan eksport, indeks boleh dipengaruhi oleh beberapa berita ekonomi dari A.S.

Indeks EURO STOXX 50

Simbol: EUSTX50

Waktu dagangan: Isnin hingga Jumaat, 9:00 pg. hingga 11:00 mlm.

EURO STOXX 50, yang direka oleh Stoxx Ltd, merupakan indeks wajaran permodalan yang terdiri daripada syarikat terbesar dalam beberapa industri, termasuk Siemens, SAP, Sanofi, Bayer, BASF dan lain-lain. Indeks ini merangkumi 50 syarikat dari 11 negara Eropah, termasuk Austria, Belgium, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Portugal dan Sepanyol. 

DAX 40

Simbol: GER40

Waktu dagangan: Isnin hingga Jumaat, 9:00 pg. hingga 11:00 mlm.

Satu lagi indeks wajaran permodalan yang popular, DAX Jerman, terdiri daripada 40 syarikat terkemuka yang berdagang di Bursa Saham Frankfurt, termasuk BASF, SAP, Bayer, Allianz dan lain-lain. Ia lazimnya dipercayai sebagai sebuah pasaran yang baik dengan volum yang besar, kerana ia cenderung untuk mempunyai aliran yang jelas selama beberapa jam pada satu masa dengan penarikan balik yang agak kecil. Seperti semua indeks saham utama, DAX40 biasanya memberi tindak balas yang baik terhadap analisis teknikal dan dipengaruhi oleh berita ekonomi dari Jerman dan E.U. secara umum. 

IBEX 35

Simbol: ESP35

Waktu dagangan: Isnin hingga Jumaat, 10:00 pg. hingga 6:30 ptg.

IBEX 35, yang memetakan 35 saham tercair Sepanyol, merupakan indeks pasaran saham penanda aras Bolsa de Madrid. Sebagai indeks wajaran permodalan, ia adalah berdasarkan kaedah apungan bebas, yang bermakna ia mengira saham dalam tangan pelabur awam dan bukannya saham terhad yang dipegang oleh orang dalam syarikat. Ia terdiri daripada beberapa syarikat terbesar seperti BBVA, Banco Santander, Telefónica dan Iberdrola. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diambil perhatian bahawa senarai ini disemak dan dikemas kini dua kali setahun.

CAC 40

Simbol: FRA40

Waktu dagangan: Isnin hingga Jumaat, 9:00 pg. hingga 11:00 mlm.

Sebagai satu lagi indeks wajaran permodalan terapung bebas Eropah, CAC 40 merupakan penanda aras pasaran saham Perancis. Ia mewakili 40 saham teratas yang didagangkan di pasaran saham Euronext Paris. Memandangkan Perancis mewakili lebih kurang satu perlima daripada ekonomi zon euro, ia mungkin memberikan gambaran mengenai arah tuju pasaran Eropah dan membuka peluang untuk mendapatkan keuntungan daripada turun naik harganya. CAC 40 merangkumi saham daripada pelbagai industri, termasuk farmakologi, perbankan dan peralatan minyak.

FTSE 100

Simbol: UK100

Waktu dagangan: Isnin hingga Jumaat, 9:00 pg. hingga 11:00 mlm.

Juga dikenali sebagai footsie, Financial Times Stock Exchange 100 merupakan indeks wajaran permodalan pasaran yang mewakili 100 syarikat mewah teratas di Bursa Saham London. Indeks memetakan lebih daripada 80% daripada jumlah permodalan di United Kingdom. Sahamnya adalah wajaran terapung bebas untuk memastikan bahawa hanya set peluang yang boleh dilabur disertakan dalam indeks. Indeks ini diuruskan oleh Kumpulan FTSE, yang merupakan usaha sama antara Financial Times dan Bursa Saham London.

Bagaimana untuk mula berdagang?

Langkah pertama adalah untuk mempelajari cara untuk membuka akaun dagangan MT4 atau MT5 OctaFX. Platform dagangan MT4 dan MT5 menawarkan sehingga 230 instrumen, termasuk indeks yang disebutkan di atas, minyak mentah, dan banyak lagi. Kami tidak mengenakan swap atau komisen, serta menawarkan spread peneraju industri.